I made this widget at MyFlashFetish.com.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


  1.  
DARIPADA
SMUTEM DQ SESI 2010

  1.  
KEPADA
SEMUA PEMOHON SMUTEM DQ SESI 2010 & SEMUA PELAJAR LEPASAN DIPLOMA DARUL QURAN JAKIM

  1.  
TARIKH
18 JUN 2010

  1.  
PERKARA
MAKLUMAN PEMBAYARAN KOS TIKET PENERBANGAN DAN VISA SERTA PENYERAHAN DOKUMEN BERKAITAN KEPADA PIHAK SMUTEM DQ

1)       Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. Dimaklumkan bahawa harga kos tiket penerbangan dan visa untuk ke Mesir dan Jordan bagi pemohon SMUTEM DQ bagi sesi kali ini adalah sebanyak RM 1780. Oleh itu, anda semua dikehendaki menjelaskan baki bayaran masing-masing bagi mencukupkan bayaran penuh harga tiket tersebut selewat-lewatnya 15 Julai 2010. Resit pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c di atas resit tersebut sebagai bukti pembayaran. Bayaran boleh dibuat dengan memasukkan ke dalam akaun :

Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095

TARIKH PENERBANGAN KE MESIR DAN JORDAN DI JANGKA BERLANGSUNG PADA 15 SEPTEMBER 2010 BERSAMAAN 6 SYAWAL 1431

2)       Anda semua dikehendaki menghantar PASSPORT ASAL (ORGINAL) kepada Ustaz Mohd Sya’bani bin Haji Awang atau mana-mana eksekutif SMUTEM DQ yang bertugas SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 JULAI 2010. Anda boleh berbuat demikian dengan menyerahkan secara terus pihak SMUTEM DQ. Sebarang urusan pengeposan tidak digalakkan sama sekali. Pihak SMUTEM DQ tidak akan menanggung sebarang risiko yang akan berlaku ke atas PASSPORT ORIGINAL tersebut sekiranya berlaku kehilangan, kecurian mahupun kerosakan sekiranya berlaku pengeposan.

3)       Pihak SMUTEM DQ menawarkan khidmat bagi urusan VISA untuk ke Mesir atau Jordan dan khidmat ini terbuka kepada seluruh pelajar lepasan diploma. Justeru kepada mana-mana pelajar yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat kami, anda bolehlah menghubungi Ustaz Mohd  Sya’bani bin Haji Awang di talian 013-6089 269, bermula 18 Jun 2010 sehingga 15 Julai 2010. Bayaran sebanyak RM 100 akan dikenakan kepada pemohon yang tidak berdaftar dengan pihak SMUTEM DQ. Anda dikehendaki menyerahkan resit bayaran tersebut kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c sebagai bukti pembayaran.
Bayaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SMUTEM DQ iaitu :
Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095

4)       Anda dikehendaki untuk menyerahkan beberapa dokumen penting seperti yang berikut:
1.                   Lampiran yang mengandungi :
BIL
PERKARA
BILANGAN

  1.  
PASPORT ASAL (ORIGINAL)
1

  1.  
GAMBAR BERUKURAN PASPORT
4

  1.  
SALINAN KAD PENGENALAN
1

Dokumen-dokumen tersebut mestilah DISERAHKAN kepada pihak SMUTEM DQ SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 JULAI 2010 bersamaan hari KHAMIS.
Bagi individu yang gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan ATAU gagal melakukannya pada tarikh yang ditetapkan, segala urusan tiket penerbangan sebelum ini akan dibatalkan. Kerjasama anda semua adalah diharapkan. Sebarang permasalahan haraplah dirujuk terus kepada pihak SMUTEM DQ.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA. Sekian terima kasih.

0 comments