I made this widget at MyFlashFetish.com.

MAKLUMAT UMUM PENGAJIAN DI JORDAN
MATA WANG : JD (JORDAN DINAR)
( KEBIASAAN JD1 = RM 5)tertakluk kepada kadar tukaran wang semasa
SISTEM PENGAJIAN = SEMESTER
Setiap sesi pengajian dibahagikan kepada tiga semester iaitu dua semester wajib dan satu semester pilihan
Semester wajib :
1. Semester pertama ( 4 bulan ) = musim sejuk ( Oktober – Januari )
2. Semester kedua ( 4 bulan ) = musim bunga ( februari – Jun )

Semester Pilihan :
1. Semester musim panas ( 2 bulan ) = ( Julai – Ogos )
SUMBER KEWANGAN PELAJAR
1. Biasiswa@Zakat : Permohonan melalui negeri masing-masing (lebih baik pohon sebelum datang ke Jordan) ( Kebiasaannya datang dengan negeri masing-masing.. contoh : Negeri Sembilan, Selangor
2. Pinjaman : Permohonan melalui negeri masing-masing (lebih baik pohon sebelum datang ke Jordan)(cth Kedah : Pinjaman dari Jabatan Agama @ yayasan Kedah, Kelantan ,Pinjaman YAKIN (tahun 2 ke atas ), Perak :Pinjaman SUK ).. Dari Jordan pun boleh mohon
3. Pembiayaan sendiri
KEMUDAHAN BANK DI JORDAN
Bank di Jordan, selalunya bagi pelajar Malaysia akan buat bank HSBC @ Standard Charted. Kalau nak keluarkan duit,untuk HSBC boleh melalui bank Cairo Amman Bank,Jordan Bank, Arab Bank. Kalau bank HSBC ada kat Amman. Lebih memudahkan, buka sahaja bank HSBC. Dan buat kongsi bersama –sama dengan ahli keluarga yang berada di Malaysa kerana mudah jika berlaku apa-apa masalah dengan bank
Boleh juga guna kad BSN @ Maybank.. aktifkan untuk guna di luar Negara
KELEBIHAN JORDAN SEBAGAI TEMPAT BELAJAR
1. BUMI ANBIYA
2. SISTEM YANG KEMAS DAN TERATUR
3. PENGAJIAN BANYAK MENGGUNAKAN BAHASA ARAB FUSHAH
4. WALAUPUN NILAI MATA WANG AGAK TINGGI, NAMUN KEBIASAAN HARGA BARANGAN DI SINI SAMA NILAINYA DENGAN MALAYSIA



PERSATUAN PELAJAR

INDUK ; MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MALAYSIA JORDAN (MPPMJ)
http://www.mppmjordan.com

PERSATUAN ZON
1. PERMATA ( PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MU'TAH )
2. PERMAI ( PERSATUAN MAHASISWA IRBID )
3. PRISMA ( PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI ALBAYT, MAFRAQ)
4. PPMA (PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA AMMAN )
AKHIR SEKALI BEBERAPA PESANAN PESANAN PENTING:
- MANTAPKAN pengusaan bahasa arab terutama nahu dan mufradat sebab masa mula-mula masuk akan ada imtihan bahasa.
- Tentang belajar, jangan risau dulu, kami (persatuan pelajar) ada sediakan taklimat / program yang akan membincangkan tentang madah, takhassus, dan sebagainya.
- Persediaan MENTAL dan ROHANI agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan…Kehidupan di sini, mungkin apa yang diimpi tak seindah realiti…

kalau ada maklumat tambahan nanti ana beritahu kemudian.

0 comments