SEMUA PEMOHON SMUTEM DQ SESI 2010 & SEMUA PELAJAR LEPASAN DIPLOMA DARUL QURAN JAKIM
TARIKH
18 JUN 2010
PERKARA
MAKLUMAN PEMBAYARAN KOS TIKET PENERBANGAN DAN VISA SERTA PENYERAHAN DOKUMEN BERKAITAN KEPADA PIHAK SMUTEM DQ
1)Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. Dimaklumkan bahawa harga kos tiket penerbangan dan visa untuk ke Mesir dan Jordan bagi pemohon SMUTEM DQ bagi sesi kali ini adalah sebanyak RM 1780. Oleh itu, anda semua dikehendaki menjelaskan baki bayaran masing-masing bagi mencukupkan bayaran penuh harga tiket tersebut selewat-lewatnya 15 Julai 2010. Resit pembayaran hendaklah diserahkan kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c di atas resit tersebut sebagai bukti pembayaran. Bayaran boleh dibuat dengan memasukkan ke dalam akaun :
Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095
TARIKH PENERBANGAN KE MESIR DAN JORDAN DI JANGKA BERLANGSUNG PADA 15 SEPTEMBER 2010 BERSAMAAN 6 SYAWAL 1431
2)Anda semua dikehendaki menghantar PASSPORT ASAL (ORGINAL) kepada Ustaz Mohd Sya’bani bin Haji Awang atau mana-mana eksekutif SMUTEM DQ yang bertugasSELEWAT-LEWATNYAPADA 15 JULAI 2010. Anda boleh berbuat demikian dengan menyerahkan secara terus pihak SMUTEM DQ. Sebarang urusan pengeposan tidak digalakkan sama sekali. Pihak SMUTEM DQ tidak akan menanggung sebarang risiko yang akan berlaku ke atas PASSPORT ORIGINAL tersebut sekiranya berlaku kehilangan, kecurian mahupun kerosakan sekiranya berlaku pengeposan.
3)Pihak SMUTEM DQ menawarkan khidmat bagi urusan VISA untuk ke Mesir atau Jordan dan khidmat ini terbuka kepada seluruh pelajar lepasan diploma. Justeru kepada mana-mana pelajar yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat kami, anda bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Sya’bani bin Haji Awang di talian 013-6089 269, bermula 18 Jun 2010 sehingga 15 Julai 2010. Bayaran sebanyak RM 100 akan dikenakan kepada pemohon yang tidak berdaftar dengan pihak SMUTEM DQ. Anda dikehendaki menyerahkan resit bayaran tersebut kepada pihak SMUTEM DQ dengan menulis nama dan no. i/c sebagai bukti pembayaran.
Bayaran tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun SMUTEM DQ iaitu :
Maybank Islamic
SMUTEM DQ
Akaun Wadiah : 162076593095
4)Anda dikehendaki untuk menyerahkan beberapa dokumen penting seperti yang berikut:
1.Lampiran yang mengandungi :
BIL
PERKARA
BILANGAN
PASPORT ASAL (ORIGINAL)
1
GAMBAR BERUKURAN PASPORT
4
SALINAN KAD PENGENALAN
1
Dokumen-dokumen tersebut mestilah DISERAHKAN kepada pihak SMUTEM DQ SELEWAT-LEWATNYA PADA 15 JULAI 2010 bersamaan hari KHAMIS.
Bagi individu yang gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan ATAU gagal melakukannya pada tarikh yang ditetapkan, segala urusan tiket penerbangan sebelum ini akan dibatalkan. Kerjasama anda semua adalah diharapkan. Sebarang permasalahan haraplah dirujuk terus kepada pihak SMUTEM DQ.
Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak anda amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA. Sekian terima kasih.
Kepada semua pemohon SMUTEM DQ 2010 ke universiti Jordan sila ambil perhatian!!
Bagi memudahkan persiapan pihak pengurusan Sekretariat dan wakil-wakil pelajar persatuan universiti, di sini kami lampirkan beberapa perkara yang perlu disediakan sebelum bertolak ke Jordan :
Perkara / dokumen penting yang perlu dibawa ke Jordan:
-Passport (yang ini paling penting, jaga baik-baik sepanjang perjalanan nanti!) serta membawa Salinan Pasport (Muka Depan) 10 salinan. Gambar, bawa minima 20 keping sebab banyak urusan perlukan gambar berukuran passport seperti urusan universiti, persatuan zon dan anak negeri, jabatan penuntut dan kedutaan M'sia, etc. Ada kedai gambar di sini,tapi untuk memudahkan dan melancarkan kerja, gambar dan photostat boleh ambil disini sahaja.
-Kad Pengenalan dan Lesen Memandu boleh tinggalkan kat Malaysia, tidak berfungsi pun kat sini. Lagipun, kalau tak bawa lebih baik sebab nanti family boleh tolong renew). Kalau nak bawa pun tidak mengapa, cuma takut hilang dan tidak boleh renew.
-Salinan IC sendiri, emak dan ayah. Yang ini untuk hal-hal yang memerlukan no. IC mereka dan urusan biasiswa. (Buat softcopy n hardcopy lah).
-Salinan surat beranak adik beradik, salinan penyata gaji ibu bapa (untuk urusan biasiswa kalau yang tidak mendapat tajaan penuh).
-Terjemahan SPM dan SIJIL LAHIR yang dah dicop endorsment (YANG NI PENTING, Kalau Korang rajin buat lagi satu/lebih sebab pengurusan orang arab kat sana pelik sikit, kadang-kadang diorang hilangkan semua dokumen kita. Silap2 ari bulan, tak masuk Universiti kita..)
-Bawa baju batik lelaki, bersiap sedia untuk program haluan siswa.
RM1,000 tukar kepada euro atau usd dan dalam bank paling kurang RM2,000.
Keperluan harian lain di Jordan (untuk panduan sahaja);
- Pakaian biasa dalam rumah (t-shirt, seluar, baju tidur, etc).
- Tudung- minima 3 helai cukup dah.
- Serkup.
- Stokin kaki dan tangan.
- Telekung (2 helai) dan sejadah.
- Tuala - 2 helai - Sweater kalis air (sehelai sudah cukup, itupun kalau ada,kalau tak ada, tak payah bawa, boleh beli disini, murah dan banyak pilihan)
- Cadar tilam, sarung bantal, selimut.
p/s: Pakaian dan barangan musim sejuk beli kat sini macam baju winter, sarung tangan, mafla, etc. Lagi murah dan banyak pilihan, kat Malaysia mahal sangat. Seluar panjang kalau boleh bawak banyak sikit, boleh pakai dalam jubah atau baju kurung sebab angin disini kuat sangat. Bagi lelaki tiada masalah.
2) Barangan peribadi
- Bedak, sikat, minyak rambut, losyen, deodorant,berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu (kat sini ada je jual, tp utk permulaan ni bawa dulu dari Malaysia, senang sikit, pastu boleh beli lain kat sini bila dah habis)
- Ubat-ubatan (vicks, minyak gamat, minyak panas,cirit-birit, etc) bergantung lah yg mana rasa perlu, tak perlu bawa semua. Kalau ada penyakit tertentu, jangan lupa bawa ubat.
- Barangan jahitan @ barangan elektrik. ( ada je jual kat sini, tapi mahal dan kurang berkualiti. Kalau nak bawa, boleh sahaja kalau tidak bawa, boleh pinjam dengan kakak2 @ abang2 senior disini. )
p/s: Peralatan besi macam jarum dan gunting (kalau ada yang bawa) diingatkan sorok bahagian tengah bagasi, sbb takut effect pada scanner nanti. Termasuk juga barangan eletrik,cth iron. Semua barangan besi @ cecair, better letak kat bagasi yang kargo, jangan letak kat beg hand carry.
3) Makanan (dicadangkan letak dalam satu kotak khas-asing dengan pakaian dan barang lain).
- Perencah masakan (asam pedas, kari, tomyam, kurma, sup bunjut, asam jawa, asam keping, kayu manis, bunga lawang, santan serbuk/cecair, lengkuas, serai, daun limau purut, etc) – tapi terpulanglah,tidak wajib cuma barang-barang begini tidak ada kat sini tapi jangan bawa banyak sangat. Sebagai pengubat rindu je..
- Ikan bilis.
- Kicap (yang ini pun terpulanglah,tp tukar ke botol plastik, takut pecah. Kat sini ada je kicap tapi mahal sangat).
- Sirap, Vico dan Nestum 3 in 1 (kat sini takde, teh dan kopi je ada. Kalau tak nak bawak pun takpe).
- Masakan untuk raya seperti nasi impit, perencah rendang, serunding, kuah kacang segera, lemang segera, etc – (pengubat rindu di hari raya nanti..maklumlah raya di perantauan, syahdu sangat..)
- Udang kering, ikan kering, belacan,keropok ikan (terpulanglah cuma semua ni tak ada kat sini, tapi kalau nak bawa kene bungkus elok2 takut berbau).
4) Kitab
- Al-Quran Al-Karim.
- Tafsir Al-Quran (dalam bahasa melayu).
- Kamus BM-BA, BA-BM, BI-BM, BM-BI (ni bergantung pada masing-masing lah, kalau rasa berat, bawa BA-BM dan BM-BA pun dah memadai). Lagi baik bawa kamus bahasa arab Al-marbawi.
- Kitab-kitab terjemahan bahasa melayu spt. Hadis 40, Fiqh Manhaji, buku-buku rujukan tingkatan 4 & 5 boleh bawak buku PQS dan PSI (bagi yang akan ambil pengajian Syariah) atau buku-buku lain pengajian syariah IPTA dan buku BA(B.arab komnikasi & b.a. Tinggi).
- Buku bacaan lain atau majalah bahasa Melayu(untuk dibaca bila free)
- Kitab Tajwid dan Adab Hamlatul Quran Imam Nawawi (Saranan buat para penghafaz Al-Quran sekalian).
- Peralatan tulis.
5) Lain- lain
-Hand phone dan charger.
-Kaset dan Walkman atau mp3 atau mp4 (kalau rasa perlu..kalau bawa lagi bagus, boleh rakam lecture nanti).
-Kamera.
-Gambar famili, cikgu dan kawan-kawan (pengubat rindu).
-Laptop (terpulanglah tapi sangat berguna kalau bawa sebab kat sini system daftar subject dan pemarkahan adalah on-line).
Kemudahan di Jordan
1. Kemudahan bank di Jordan
Bank di Jordan, selalunya bagi pelajar Malaysia akan buat bank HSBC @ Standard Charted. Kalau nak keluarkan duit,untuk HSBC boleh melalui bank Cairo Amman Bank,Jordan Bank, Arab Bank. Kalau bank HSBC ada kat Amman. Lebih memudahkan, buka sahaja bank HSBC, dan buat kongsi bersama-sama dengan ahli keluarga yang berada di Malaysa kerana mudah jika berlaku apa-apa masalah dengan bank.
2. Kemudahan yang boleh diperolehi disini
Ada kemudahan internet tapi kena berdaftar dengan pihak markaz teknologi. Kemudahan lain, seperti pengangkutan, bas untuk ke Bandar Mafraq @ Irbid @ Amman @ Mu’tah. Ada juga pengangkutan teksi. Kemudahan asas seperti makan, elektrik dan air, jgn risau kalau duduk di sakan(kediaman). Untuk makanan, kita akan berkongsi bersama semua pelajar Malaysia dengan bergilir-gilir masak. Buatlah jadual untuk memasak.
Kewangan (LAMPIRAN BAGI MUKTAH/AL-BAYT)
I. YURAN ; kebanyakan pelajar baru hanya akan ambil 4 madah jer dulu,so kalu YURAN untuk 4 madah + kos pengurusan jamiah(Universiti) = JD250.000(RM1250.00) - YURAN
II. PENGINAPAN : antum semua akan ditempatkan ke rumah senior untuk transit sebentar,maybe sepanjang bulan puasa ni, lepas tu akan dimasukkan ke rumah baru, so banyaklah kelengkapan nak beli, seperti karpet, dapur, tong gas, perkakas memasak dll, so kalau boleh bawa la duit lebih sedikit.
III. BELANJA BULANAN : kebanyak pelajar sini berbelanja sekitar JD100(RM500.00) ada je yang lebih, kalau nak jimat, belanja JD100 je sebulan, duit ni termasuklah duit sewa rumah,bil air,api n internet, tambah bas ke jamiah dll.tapi ini hany sesuai untuk yang belajar di Mutah dan al-bayt sahaja, adapun di yarmouk tak cukup sebab yarmouk terletak di tengah2 bandar irbid, so kos sara hidup sebulan bertmbah la.
p/s : kami syorkan untuk permulaaan ni kalau boleh bawa kat tangan x byk pun takpe, seperti yang kami tulis tadi, duit cash bawa RM1000.00 pun xpe, tapi dalam bank biarlah ada dalam RM4000, so semua dalam RM5000.
CONTOH KOS SARA HIDUP PENGAJIAN SELAMA EMPAT TAHUN DI UNIVERSITI AL-BAYT/MUKTAH, JORDAN (PERANGKAAN SAHAJA)
TAHUN PERTAMA
PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
2.1 Yuran pusat bahasa(wajib) 1 Semester (*Universiti Al-Bayt Sahaja)
2.2 Semester 1 dan Semester Kedua
2.2.1 Subjek - 12 Subjek
2.2.2 Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.2.3 Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.2.4 Buku-buku tambahan -2 Semester
2.3 Perbelanjaan Semester Akhir (Musim Panas)
2.3.1 Subjek -3 Subjek
2.3.2 Yuran khidmat universiti 1 Semester
2.3.3 Buku-buku untuk 1 Sem.
X JD30=JD360
X JD29=JD58
X JD50=JD100
X JD10=JD20
JUMLAH
X JD30=JD90
X JD29=JD29
X JD50=JD50
JUMLAH
JD300
JD538
JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2 Cuti antara Sem. - 2 sem
3.3 Semester Akhir (Musim Panas) 1 Sem. pendek
3.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.
X JD105=JD210
X JD20=JD40
X JD90=JD90
X JD15=JD15
JUMLAH
JD 355
Kos Sara Hidup
4.1 Sebulan - JD100 x 12 bulan
4.2 Yuran Makan Pelajar Malaysia - 12 bulan
X JD100=JD1200
XJD11=JD132
JUMLAH
JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
XJD30 =JD90
JUMLAH
JD90
JUMLAH BESAR
JD2784
*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM13.920.00
TAHUN KEDUA
PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1 Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1 Subjek - 12 Subjek
1.1.2 Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3 Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4 Buku-buku tambahan - 2 Semester
1.2 Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1 Subjek - 3 Subjek
1.2.3 Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2 Yuran khidmat universiti - 1 Sem.
XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH
XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH
JD538
JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.
XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH
JD 355
Kos Sara Hidup
3.1 Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2 Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan
XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH
JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
XJD30=JD90
JUMLAH
JD90
JUMLAH BESAR
JD2484
* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00
TAHUN KETIGA
PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos pengajian
1.1 Semester awal dan Semester Kedua
1.1.1 Subjek - 12 Subjek
1.1.2 Yuran khidmat universitI - 2 Semester
1.1.3 Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
1.1.4 Buku-buku tambahan - 2 Semester
1.2 Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
1.2.1 Subjek - 3 Subjek
1.2.3 Buku-buku - 1 Sem.
1.2.2 Yuran khidmat universiti - 1 Sem.
XJD30=JD360
XJD29=JD 58
XJD50=JD100
XJD10=JD 20
JUMLAH
XJD30=JD 90
XJD50=JD 50
XJD29=JD 29
JUMLAH
JD538
JD169
Kos kediaman (Asrama)
2.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
2.2 Cuti antara Sem. - 2 sem
2.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.pendek
2.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.
XJD105=JD210
X JD 20=JD40
X JD 90=JD90
X JD 15=JD15
JUMLAH
JD 355
Kos Sara Hidup
3.1 Sebulan JD100 X 12 bulan
3.2 Yuran Makan Pelajar Malaysia untuk 12 bulan
XJD100=JD1200 JD11=JD132
JUMLAH
JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
XJD30=JD90
JUMLAH
JD90
JUMLAH BESAR
JD2484
* NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM12.420.00
TAHUN AKHIR
PERKARA
PERINCIAN
JUMLAH
Kos kapal terbang
1.1Tiket kapal terbang (BALIK shj)
JD600
JD600
Kos pengajian
2.1 Semester awal dan Semester Kedua
2.1.1 Subjek - 12 Subjek
2.1.2 Yuran khidmat universiti - 2 Semester
2.1.3 Buku-buku wajib untuk subjek - 2 Semester
2.1.4 Buku-buku tambahan - 2 Semester
2.2 Perbelanjaan Akhir Semester (Musim Panas)
2.2.1 Subjek - 3 Subjek
2.2.2 Yuran khidmat universiti - 1 Semester
2.2.3 Buku-buku - 1 Sem.
XJD30=JD360
XJD29=JD58
XJD50=JD100
XJD10=JD20
JUMLAH
XJD30=JD90
XJD29=JD29
XJD50=JD50
JUMLAH
JD538
JD169
Kos kediaman (Asrama)
3.1 Semester Awal dan Kedua - 2 Sem.
3.2 Cuti antara Sem. - 2 sem
3.3 Semester Akhir (Musim Panas) - 1 Sem.
3.4 Cuti Semester Musim Panas - 1 Sem.
X JD105=JD 210
X JD 20=JD 40
X JD 90=JD 90
X JD 15=JD 15
JUMLAH
JD 355
Kos Sara Hidup
4.1 Sebulan JD100 X 12 bulan
4.2 Yuran Makan Pelajar Malaysia X 12 bulan
XJD100=JD1200 XJD11=JD132
JUMLAH
JD1332
Lain-lain pengurusan - 3 sem
XJD30= JD 90
JUMLAH
JD90
JUMLAH BESAR
JD3084
*NISBAH MATA WANG, RM5 = JD1 (TERTAKLUK PADA HARGA SEMASA)
JUMLAH BESAR DALAM RM = RM 15.420.00
JUMLAH KESELURUHAN SELAMA 4 TAHUN = JD10 836 = RM 54.180.00
* makluman akan diberitahu jika ada sebarang perubahan.
SAMBUTAN DI LAPANGAN TERBANG.
Tentang orang yang hendak sambut antum semua bukan atas bidang kuasa MPPMJ tapi atas bidang kuasa persatuan zon, kalau Uni. Mutah bawah PERMATA, kalau Uni al-Al Byat bawah PRISMA, kalau Uni Yarmouk bawah PERMAI.
akhir sekali beberapa pesanan pesanan penting:
-MANTAPKAN pengusaan bahasa arab terutama nahu dan mufradat sebab masa mula-mula masuk akan ada imtihan bahasa.
-Senarai barang dan keperluan ini adalah disenaraikan mengikut pengalaman dan barang2 yang dirasakan perlu.
-Bagi barangan yang kurang perlu (seperti yang dinyatakan), bergantung pada masing-masing. Jangan paksa diri untuk membeli kesemua barang yang telah disenaraikan. Ikut keperluan.
-Tentang belajar, jangan risau dulu, di sana ada sediakan taklimat / program yang akan membincangkan tentang madah, takhassus, dan sebagainya.
-Persediaan MENTAL dan ROHANI agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan… Kehidupan di sini, mungkin apa yang diimpi tak seindah realiti…
Kesemua pengajian kitab-kitab diatas adalah dalam Bahasa Arab. Sesiapa yang kurang mahir bolehlah membawa terjemahn kitab2 tersebut. Bawa skali Tafsir Al-Quran dalam Bahasa Melayu & Kamus Arab &Kitab2 berkaitan dengan bahasa arab, contohnya :,Nahu, Sorof, Balaghah untuk memudahkan pengajian.
Masyikan juga Al-Quran 30 JUZUK..Di Mesir Exam tebuk 30 JUZUK..
Jika ada kelapangan masa, boleh start hafal matan JAZARI..